Home

Selamat membeli belah online dengan kami dan maklumbalas dari anda amat kami nanti-nantikan! :)
Dapatkan t-shirt labuh Muslimah dengan harga istimewa!
Cepat dapatkan t-shirt ini sementara stok masih ada! Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Muslimahshop.com :)
Akan datang! Nursing blouse dan nursing jubah istimewa untuk muslimah yang menyusukan bayi!

MuslimahShop.com adalah sebuah kedai online yang diusahakan oleh seorang muslimah yang ingin memperbaiki diri dan memenuhi tuntutan kerjaya sebagai WAHM (work at home mom). Mempunyai seorang suami yang tenang dan penyayang serta 3 orang cahayamata comel yang sedang membesar. Dia ingin mengusahakan sendiri perniagaan di rumah kerana ingin menguruskan rumahtangga, melayani suami, mengasuh dan mendidik anak-anaknya dengan 'air tangannya' sendiri.
Objektif MuslimahShop.com adalah:
Memperkenalkan produk islami yang pelbagai, terkini dan dalam masa yang sama produk lain yang bersesuaian dan menepati syara'.
Kami mengharapkan dapat membawa lebih banyak lagi produk yang boleh digunakan oleh muslimah tanpa was-was.
Disamping itu kami berharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat agar kembali kepada gaya hidup yang diredhai Allah dengan mengamalkan kehidupan Islam yang sebenarnyaDoakan agar niatnya ikhlas kerana Allah dan hanya untuk mencari keredhaan Allah.
"Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang dengan ikhlas berserah diri kepada Allah, sedang dia mengerjakan kebaikan dan mengikuti agama Ibrahim yang lurus? Dan Allah telah memilih Ibrahim menjadi kesayangan(Nya)." (An-Nisa:125)
Salam ukhuwwah,
Nor Syahida
MuslimahShop.com
(Wholly owned by Samara Enterprise - 001754422-T)
(+6)013-2288 704















